- PAGI YANG DIKENANG -

Saturday 4 June 2011

PENGHARGAAN

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang :


             Pertama : Hor Kianh Ah Pooi ( JPN )
             Kedua    : Team Lucino (  LHDN )
             Ketiga    : Thobiaq Namron Seven ( JPN )


Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pasukan yang menyertai program ini :


             Team Sedodoi dan 786 ( JPN Putrajaya )
             Team Cuba Nasib ( TV3 )
             Team Lotus ( Proton )
             Team Naruto Tipuden ( Orang Awam )


Sokongan Hebat Pasukan JPN Selangor


Soley - Soley 8588, SBO's Team, Tangkas, 4T Hunters, Team Suke tak?, Madu Tiga 'Return', Team bako-bako jer


Komitmen terbaik dari semua urusetia yang dilantik. Tidak lupa kepada Pn. Aiza atas sokongan berterusan.TQVM.


Sijil penyertaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan akan dimaklumkan kepada anda semua.


Terima kasih


YUSOF

Friday 3 June 2011

TIPS 3 - FAKTOR PEMANDU MISTERI

SURPRISE ! SURPRISE ! nantikan pengumumannya pagi nanti =)

TIPS 2 - Kalau nak menang

1. Delegate kerja dalam pasukan

2. Baca soalan betul - betul

3. Jangan ambil masa yang lama di satu checkpoint

4. Tak digalakkan lalu jalan negeri di kawasan MARAN

5. Laluan penting - NKVE

Harap ia membantu =)

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA PASUKAN

Kita jumpa di sini ok

Pertandingan Karaoke malam esok

Salam

Jangan lupa untuk menyertai pertandingan karaoke yang akan dijalankan pada malam esok. Bawa CD karaoke anda sendiri. Hadiah menarik menanti pemenang

Hadiah Pertama    : RM100

Hadiah Kedua      : RM70

Hadiah ketiga       : RM50

Jumpa Esok =)

YUSOF

Monday 30 May 2011

TIPS 1 - Kalau nak menang

Pandang dan amati ATAS BAWAH KIRI KANAN DEPAN BELAKANG

KESELAMATAN! KESELAMATAN! KESELAMATAN!

As Salam.

Program ini telah mendapat satu lagi sokongan moral.

Pada petang tadi , telah berlangsung satu sesi taklimat ringkas Keselamatan Jalan Raya di pejabat JPN Shah Alam. Taklimat ini telah mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya
( JKJR ) Negeri Selangor melalui Penolong Pengarahnya, En Yusoff Bin Hashim dan pegawai beliau, Puan Marhaini.  

Peringatan yang diberikan oleh pihak JKJR kepada kita semua agar mengutamakan keselamatan di jalan raya dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peringatan ini mungkin agak klise bagi sesetengah dari kita namun tips-tips yang disenaraikan dibawah ini perlu diambil perhatian agar perjalanan kita selamat dan lancar.

1. Memandu maksimum 2 Jam
2. Jangan berhenti dibahu jalan di lebuhraya
3. Kerap memeriksa Brek, tekanan tayar dan air
4. Jangan pasang 'Hazard light' ketika hujan
5. Segera berhubung dengan Marshall ketika hadapi masalah


Harap kita sama-sama ambil ingatan.


Datang Awal..jangan biarkan yang lain tertunggu - tunggu

As Salam..

Mengikut kiraan countdown diatas sudah tinggal 3 hari lagi menjelang program yang kita sama-sama nantikan ..semua sudah bersedia kah?

Seperti yang dijelaskan dalam sesi taklimat baru-baru ini.. pihak urusetia meminta kerjasama semua peserta agar datang awal ke Plaza Masalam.. Waktu antara 7.30 pagi sehingga jam 8.00 pagi adalah yang paling kritikal kerana ini akan menentukan waktu kita semua akan memulakan perjalanan. Sekiranya ada pasukan yang lewat tiba dan memaksa pasukan lain ternanti-nanti, program akan bermula lambat dan risikonya akan ada pasukan yang mungkin sampai ke Cherating pada waktu malam iaitu bukan waktu yang kita semua mahukan.

Mohon kerjasama kepada semua yang membaca posting ini agar mengingatkan kepada ahli pasukan agar datang awal. kami menjangkakan proses pendaftaran, pengagihan makanan dan pemeriksaan kenderaan peserta secara rawak akan mengambil masa dalam setengah jam sebelum taklimat ringkas dimulakan.

Kadar parking pada hujung minggu adalah RM1 sehari di kawasan Bangunan Plaza Masalam.

Oh ya ..sesi bergambar sebelum pelepasan juga akan dibuat ..so boleh mekap sikit-sikit. =)

YUSOF

Friday 27 May 2011

Faktor cuaca



As Salam

Kebelakangan ini, keadaan cuaca di negara kita yang tidak menentu dan sukar diramal keadaannya, memungkinkan apa sahaja boleh berlaku.

Oleh itu, pihak urusetia telah menyediakan 'contigency plan' semasa hari pelepasan pada sabtu depan dimana sekira pada pagi tersebut ditakdirkan hari hujan, lokasi pelepasan semua peserta akan dipindahkan ke kawasan parkir aras 5 yang berbumbung ( rujuk gambar diatas ). Namun tidak perlu khuatir kerana kami telah mengambil beberapa langkah yang perlu supaya program ini berjalan lancar walau dalam apa sahaja keadaan cuacanya.

Sama-sama lah kita berdoa agar keadaan cuaca menyebelahi kita. Amin.


YUSOF





Monday 23 May 2011

Navigasi Manual ke Lokasi Taklimat

Salam.

Kepada mereka yang tidak biasa a.k.a tak pernah sampai ke JPN Shah Alam. ( ada ker?). Jangan khuatir..Mudah Sahaja..Landmarknya Masjid Shah Alam..Cari Seksyen 9..kemudian Cari bangunan warna Coklat bertulis PLAZA MASALAM ( macam imej kat atas ni)..Masuk parking berhadapan CASH CONVERTER..

Reminder: Jangan simply parking merata..nanti naya jer kereta kena kunci..pergilah ke tempat parkir yang disediakan..lagi bagus klu terus pergi parkir aras atas sebab disitulah tempat pelepasan  terasure hunt kita..

Masuk bangunan dan boleh tanya Abang Guard yang 'friendly' tuh .. Nanti dorang akan beritahu dimana lokasi JPN Shah Alam..Naik tingkat 7, bhg pentadbiran..nanti pihak urusetia akan menyambut anda semua..

Jumpa hari rabu ini jam 3=)

YUSOF

Monday 16 May 2011

Jangan sia-siakan 28 markah sebab terlupa bawa kamera




Pastikan setiap pasukan membawa sekurang-kurangnya 2 kamera beserta kabel yang boleh berfungsi dengan baik. Tidak kisahlah apa jenis kamera anda..DSLR ker..Digital Camera ker..Camera Phone Ker..BB atau Iphone... yang penting SILA BAWA KAMERA PADA HARI KEJADIAN UNTUK MENGAMBIL GAMBAR BAGI SETIAP KLUE YANG TELAH DIBERI

Sebanyak 28 Markah telah diperuntukkan untuk klue bergambar. ( Sila rujuk posting sebelum ini) . Gambar-gambar yang telah diambil perlu ditunjukkan pada juri-juri di Cherating kelak untuk penentuan markah.

HARAP MAKLUM.

Penggunaan Gajet - gajet



Ada antara peserta-peserta yang bertanya, bagaimana status penggunaan gajet-gajet yang boleh membantu memberi kelebihan kepada sesetengah pasukan, adakah dibenarkan? 

Setelah perbincangan dibuat, pihak penganjur telah memutuskan penggunaan gajet - gajet yang amat canggih sekarang ini seperti GPS Navigator, Ipad, Android dan sebagainya tidak menjadi kesalahan di dalam pertandingan ini. Malah tidak juga memberi kelebihan kepada mana-mana pasukan kerana set-set soalan yang direka lebih memerlukan tahap kepintaran dan pengetahuan am serta geografi setiap ahli pasukan serta strategi yang baik untuk menyelesaikannya. 

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, penggunaan gajet-gajet ini boleh membantu.


Ketua Urusetia

 

Friday 13 May 2011

Saiz baju telah dikenalpasti

Salam.

Terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama yang diberikan kepada pihak urusetia semasa proses mendapatkan saiz baju peserta baru-baru ini =)

Jangan lupa untuk hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan pada 25 Mei ini. Sebarang maklumbalas dan komen membina amat dialu-alukan



Yusof
Ketua Urusetia

Wednesday 4 May 2011

Sebulan menjelang Godaan Cherating

Hari ini genap 30 hari countdown menjelang program yang kita semua sama-sama nantikan. Terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua urusetia dan pasukan yang akan bertanding setakat ini.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih atas minat bersungguh-sungguh yang ditunjukkan 4 pasukan yang kami terpaksa tolak penyertaannya kerana untuk edisi kali ini, pihak kami hanya mempunyai kapasiti untuk  15 pasukan sahaja. kami harap pada edisi yang akan datang, pihak kami mungkin berpeluang untuk membuat penganjuran yang lebih besar lagi. InsyaAllah.

Untuk makluman, Kami kini dalam proses untuk mendapatkan Insuran berkelompok untuk setiap individu yang terlibat untuk program ini. Jadi penukaran ahli pasukan adalah tidak lagi dibenarkan.

 
Harap maklum.





Tentukan saiz baju anda =)

Salam.

Adalah dimaklumkan, dalam masa terdekat, pihak urusetia akan menghubungi wakil setiap pasukan untuk mendapatkan saiz baju yang akan dipakai oleh setiap peserta pada 4hb Jun kelak. Mohon kerjasama semua ketua pasukan ( kami anggap untuk tujuan mendapatkan saiz baju ini, pemandu adalah ketua =) ) untuk mengenalpasti saiz baju ahli-ahli anda supaya baju - baju terbabit dapat diserahkan kepada setiap pasukan pada hari taklimat kelak.

Mohon kerjasama. 

Sekian. Harap Maklum.

YUSOF




Saturday 30 April 2011

Sesi Taklimat TH2 Godaan Cherating

Adalah dimaklumkan sesi taklimat program Treasure Hunt 2 kepada semua pasukan akan diadakan dalam minggu ke 3 atau 4 bulan Mei ini di JPN Shah Alam, Plaza Masalam. Tarikh sebenar akan dimaklumkan melalui blog ini atau panggilan telefon kepada wakil setiap pasukan.

Segala persediaan sedang diuruskan oleh pihak urusetia.

Harap Maklum

Wednesday 27 April 2011

Kuota 15 Pasukan telah penuh !

Terima kasih atas sokongan terhadap program ini. 15 pasukan telah pun mendaftar masuk namun ada beberapa pasukan masih belum menjelaskan yuran penyertaan sepenuhnya. 

Sila jelaskan Yuran Penyertaan pasukan anda di pejabat JPN Shah Alam  dengan berjumpa dengan  Encik Yusof selewat-lewatnya hari Jumaat ini, 29 April 2011 sebelum jam 5.oo Petang. 

Kegagalan pasukan anda menjelaskan Yuran dalam tempoh yang ditetapkan menyebabkan penyertaan pasukan anda ditolak. 

Pihak kami juga telah menerima penyertaan 3 pasukan yang diletakkan dalam status RESERVED. Pasukan ini akan menggantikan pasukan yang telah disenaraikan sekiranya pasukan terbabit gagal menjelaskan yuran.

Walaubagaimanapun, penyertaan masih dibuka kepada semua sehingga hari Jumaat ini.

Keputusan penganjur adalah MUKTAMAD.


Format Pertandingan


1. Pertandingan dijalankan satu hari sahaja ( 4 Jun 2011 ).

2. Pertandingan bermula pada jam 8.00 pagi di perkarangan tempat letak kereta ( bahagian atas)  Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam. Sarapan disediakan.

3. Satu nombor pasukan akan dibuat cabutan secara rawak oleh tetamu kehormat untuk memberi 'PRIVILEGE' pelepasan awal.

4. Baki pasukan yang ada perlu menyelesaikan satu 'ROAD BLOCK' berupa permainan uji minda.

5. Pasukan yang berjaya menyelesaikan permainan ini akan diberi pelepasan.

6. Pasukan yang gagal menyelesaikan permainan ini dalam tempoh 30 minit akan dikenakan penalti 10 minit sebelum dibenarkan memulakan permainan Treasure Hunt.

7. Sepanjang perjalanan, setiap pasukan perlu mencari 'checkpoint' tertentu yang merupakan  'Pejabat JPN terpilih' dan  perlu mengambil gambar sebagai bukti telah sampai ke destinasi tersebut. Soalan 'roadblock' perlu dijawab dan ianya berkaitan dengan kawasan 'checkpoint'

8. Sepanjang perjalanan juga, setiap pasukan akan dibekalkan dengan satu set soalan yang perlu dijawab kesemuanya. Klu jawapan akan diperolehi sepanjang perjalanan.

9. Pasukan pertama yang sampai ke 'checkpoint' terakhir akan mendapat markah bonus ketibaan awal tertinggi dan mempunyai peluang lebih baik untuk menang hadiah utama. Markah juga akan diberi kepada 11 pasukan seterusnya. 3 pasukan terbawah tidak akan mendapat sebarang markah bonus ini.

10. Kenderaan marshall akan mengiringi dan memantau perjalanan peserta untuk tujuan keselamatan.

11. Sesi rehat akan diberikan kepada semua pasukan. Sesi Barbeque meraikan peserta, penyampaian hadiah, sesi karaoke dan cabutan bertuah akan dimulakan selepas semua pasukan tiba ke checkpoint terakhir. Konsep Santai.

12. Peserta akan menginap di tempat penginapan yang disediakan oleh penganjur selepas majlis tamat.

13 Hari kedua ( 5 Jun 2011) - Pagi - Sarapan disediakan oleh penganjur

14. Aktiviti bebas - Check out - pulang ke destinasi masing-masing.

Monday 25 April 2011

FAEDAH MENYERTAI TREASURE HUNT MADAH JPN SELANGOR

1. Termurah berbanding program Treasure Hunt seumpamanya
2. Yuran Penyertaan yang dikenakan merangkumi :
                 a.    Penginapan semalaman di Cherating Bay Resort
                 b.    Makanan dan Minuman
                 c.    Jamuan Barbeque
                 d.    Baju Peserta
                 e.    Hadiah Cabutan Bertuah
                 g.    Perlindungan Insuran Berkelompok Etiqa Maybank
                 h.    Subsidi Tol ( Untuk Ahli MADAH Selangor Sahaja)
                  i.    Bantuan MARSHALL sepanjang perjalanan

dan banyak lagi yang akan diumumkan pada sesi taklimat yang akan dibuat kelak.

Rebut peluang setahun sekali ini !

Sunday 24 April 2011

4 hari lagi untuk hantar penyertaan

Salam.

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang sukakan cabaran. Tempoh penyertaan dibuka berbaki 4 hari lagi. Segera hantar penyertaan anda sebelum 29 April ini.

Tujuan kami menetapkan 29 April ini sebagai tarikh tutup adalah untuk urusan pentadbiran program ini dan bagi memastikan persediaan rapi dibuat supaya program ini berjalan lancar.

Kakitangan JPN Selangor segera hantar borang penyertaan anda kerana Team KL dan Putrajaya sedang mengintai peluang uuntuk menyertai TH 2.

Harap maklum.

Thursday 21 April 2011

POSTER PROMO

Route Marking Session Done !!

Pihak urusetia telah selesai menjalankan sesi Route Marking dari Shah Alam ke Cherating dan selamat sampai ke Plaza Masalam pada jam 12.00 tengah malam tadi.

Kami jamin Treasure Hunt pada tahun ini akan lebih mencabar dari tahun lalu dan lebih menarik.  Jalan - jalan yang akan dilalui dan tidak akan dilalui oleh setiap pasukan telah dikenalpasti. Jangan risau kerana sesi taklimat perjalanan akan diadakan 2 minggu sebelum tarikh program.

Jangan lepaskan sesi taklimat ini kerana ia penting dan amat membantu setiap pasukan mengatur strategi untuk menang.



Ketua Urusetia

Wednesday 20 April 2011

Segera hantar borang penyertaan anda untuk menjamin tempat !

Tarikh penyertaan akan dibuka sehingga 29hb April ini. First Come First Serve!


Segera hantar penyertaan anda sebelum kehabisan kuota 15 pasukan

Tuesday 19 April 2011

Terbaru - Route Marking akan diadakan pada hari khamis ini.

Pihak urusetia akan mengadakan Route Marking antara Shah Alam ke Cherating pada hari khamis ini, 21 April 2011 sebagai persiapan menganjurkan Treasure Hunt pada tahun ini.

PENYERTAAN KINI DIBUKA - 11 PASUKAN LAGI

Hantar borang penyertaan anda sekarang.

Bagi kakitangan JPN Negeri Selangor yang tidak berkesempatan untuk hadir ke JPN Shah Alam, anda boleh hantar borang penyertaan anda melalui Ketua Pejabat anda beserta Yuran Penyertaan dan Salinan Lesen Memandu.

Untuk makluman mesyuarat MyDaftar melibatkan semua Ketua-Ketua Pejabat akan diadakan dalam masa terdekat. Tarikh akan dimaklumkan melalui emel jabatan

Harap maklum.

Ketua Urusetia
Program Treasure Hunt 2

Thursday 14 April 2011

Terima Kasih

Pihak Urusetia mengucapkan terima kasih atas undian yang dibuat bermula 4 April yang lalu. Kini proses undian pemilihan destinasi secara rasminya telah ditutup.


Hasil undian yang dibuat, majoriti telah memilih Cherating sebagai Checkpoint penamat bagi edisi kali ini.


Pihak urusetia akan berusaha untuk memastikan penganjuran Treasure Hunt pada tahun ini lebih baik dari tahun lalu.


Borang penyertaan boleh mula dihantar pada Isnin ini (18 April 2011) secara serahan tangan kepada En. Yusof di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor, Tingkat 7, Plaza Masalam dengan disertakan bersama salinan lesen memandu pemandu dan penolong pemandu dan yuran penyertaan.

Pihak urusetia tidak menjamin tempat pasukan anda sehingga dokumen penyertaan yang lengkap diterima.

Teruskan memberi sokongan anda !!

Harap Maklum.


YUSOF ALI
03 5519 7155
012 7689823

Tuesday 12 April 2011

Tak dapat borang ?

As Salam.

Kepada yang berminat tapi tak dapat download borang di pejabat, sila berjumpa dengan saya atau contact saya di talian 03 5519 7155 ext 108( pejabat ).

Borang adalah percuma.

Sunday 10 April 2011

Perjalanan peserta akan dilindungi Insurans

Demi memastikan keselamatan semua peserta, pihak penganjur tidak akan berkompromi berkaitan perlindungan dan keselamatan terutamanya di sepanjang perjalanan. Pihak MADAH JPN Selangor dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia akan mengambil inisiatif membuat hebahan berkaitan keselamatan di jalan raya sebelum pelepasan dibuat.

Sukacita dimaklumkan bahawa setiap peserta akan dilindungi insurans berkelompok sepanjang program ini dijalankan.

Harap maklum.

Yusof Bin Ali
Naib Yang DiPertua
MADAH JPN selangor

Friday 8 April 2011

Hadiah - Hadiah Pertandingan

TEMPAT PERTAMA
RM1,000.00 Tunai


TEMPAT KEDUA
RM800.00 Tunai


TEMPAT KETIGA
RM600.00 Tunai


HADIAH CABUTAN BERTUAH UNTUK SEMUA PESERTA

Maklumat Lengkap Pertandingan

SYARAT - SYARAT UMUM PENYERTAAN

1. Terbuka kepada ahli MADAH JPN Selangor dan bukan ahli MADAH JPN Selangor

2. Setiap pasukan hendaklah disertai Minimum 3 orang peserta dan Maksimum 4 Orang peserta.

3. Penyertaan hendaklah menggunakan kenderaan sendiri dan kos perjalanan adalah tanggungan peserta.

4. Setiap penyertaan hendaklah dengan mengisi Borang khas yang disediakan

5. Yuran penyertaan terbahagi kepada 2 kategori :
                           
                         1. Ahli MADAH JPN Selangor - RM 60 / pasukan

                         2. Bukan ahli MADAH JPN Selangor  - RM 200 / pasukan

6. Ahli MADAH Selangor dan bukan ahli tidak dibenarkan menyertai pasukan yang sama.

7. Tiada had untuk proses undian destinasi.  

8. Destinasi yang terpilih akan diumumkan pada 15 April 2011 melalui laman ini.

9. Penyertaan mula dibuka pada 18 April 2011 ( Isnin)

10. Borang penyertaan beserta yuran penyertaan boleh mula dihantar kepada En Yusof Ali di JPN Negeri Selangor pada waktu pejabat.

11. Penyertaan berdasarkan 'First Come First Serve' untuk 15 Team sahaja.

12. Keputusan pemilihan pasukan adalah muktamad.

13. Pasukan yang menarik diri pada saat -saat akhir tanpa alasan yang munasabah akan menerima hanya separuh dari wang yuran penyertaan.

Sekian. Harap Maklum.


Yusof Ali
Naib Yang DiPertua
MADAH JPN Selangor
0355197155
yusofali@jpn.gov.my




Sunday 3 April 2011

TARIKH -TARIKH PENTING TREASURE HUNT 2011

4 - 14 APRIL 2011 - TEMPOH UNDIAN DESTINASI TREASURE HUNT

15 APRIL 2011      - PENGUMUMAN DESTINASI TREASURE HUNT 2
                          
18 APR 2011- PENYERTAAN DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI MADAH.1st come 1st serve

4 - 5 JUN 2011 - PROGRAM TREASURE HUNT 2