- PAGI YANG DIKENANG -

Monday 30 May 2011

TIPS 1 - Kalau nak menang

Pandang dan amati ATAS BAWAH KIRI KANAN DEPAN BELAKANG

KESELAMATAN! KESELAMATAN! KESELAMATAN!

As Salam.

Program ini telah mendapat satu lagi sokongan moral.

Pada petang tadi , telah berlangsung satu sesi taklimat ringkas Keselamatan Jalan Raya di pejabat JPN Shah Alam. Taklimat ini telah mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya
( JKJR ) Negeri Selangor melalui Penolong Pengarahnya, En Yusoff Bin Hashim dan pegawai beliau, Puan Marhaini.  

Peringatan yang diberikan oleh pihak JKJR kepada kita semua agar mengutamakan keselamatan di jalan raya dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peringatan ini mungkin agak klise bagi sesetengah dari kita namun tips-tips yang disenaraikan dibawah ini perlu diambil perhatian agar perjalanan kita selamat dan lancar.

1. Memandu maksimum 2 Jam
2. Jangan berhenti dibahu jalan di lebuhraya
3. Kerap memeriksa Brek, tekanan tayar dan air
4. Jangan pasang 'Hazard light' ketika hujan
5. Segera berhubung dengan Marshall ketika hadapi masalah


Harap kita sama-sama ambil ingatan.


Datang Awal..jangan biarkan yang lain tertunggu - tunggu

As Salam..

Mengikut kiraan countdown diatas sudah tinggal 3 hari lagi menjelang program yang kita sama-sama nantikan ..semua sudah bersedia kah?

Seperti yang dijelaskan dalam sesi taklimat baru-baru ini.. pihak urusetia meminta kerjasama semua peserta agar datang awal ke Plaza Masalam.. Waktu antara 7.30 pagi sehingga jam 8.00 pagi adalah yang paling kritikal kerana ini akan menentukan waktu kita semua akan memulakan perjalanan. Sekiranya ada pasukan yang lewat tiba dan memaksa pasukan lain ternanti-nanti, program akan bermula lambat dan risikonya akan ada pasukan yang mungkin sampai ke Cherating pada waktu malam iaitu bukan waktu yang kita semua mahukan.

Mohon kerjasama kepada semua yang membaca posting ini agar mengingatkan kepada ahli pasukan agar datang awal. kami menjangkakan proses pendaftaran, pengagihan makanan dan pemeriksaan kenderaan peserta secara rawak akan mengambil masa dalam setengah jam sebelum taklimat ringkas dimulakan.

Kadar parking pada hujung minggu adalah RM1 sehari di kawasan Bangunan Plaza Masalam.

Oh ya ..sesi bergambar sebelum pelepasan juga akan dibuat ..so boleh mekap sikit-sikit. =)

YUSOF

Friday 27 May 2011

Faktor cuaca



As Salam

Kebelakangan ini, keadaan cuaca di negara kita yang tidak menentu dan sukar diramal keadaannya, memungkinkan apa sahaja boleh berlaku.

Oleh itu, pihak urusetia telah menyediakan 'contigency plan' semasa hari pelepasan pada sabtu depan dimana sekira pada pagi tersebut ditakdirkan hari hujan, lokasi pelepasan semua peserta akan dipindahkan ke kawasan parkir aras 5 yang berbumbung ( rujuk gambar diatas ). Namun tidak perlu khuatir kerana kami telah mengambil beberapa langkah yang perlu supaya program ini berjalan lancar walau dalam apa sahaja keadaan cuacanya.

Sama-sama lah kita berdoa agar keadaan cuaca menyebelahi kita. Amin.


YUSOF





Monday 23 May 2011

Navigasi Manual ke Lokasi Taklimat

Salam.

Kepada mereka yang tidak biasa a.k.a tak pernah sampai ke JPN Shah Alam. ( ada ker?). Jangan khuatir..Mudah Sahaja..Landmarknya Masjid Shah Alam..Cari Seksyen 9..kemudian Cari bangunan warna Coklat bertulis PLAZA MASALAM ( macam imej kat atas ni)..Masuk parking berhadapan CASH CONVERTER..

Reminder: Jangan simply parking merata..nanti naya jer kereta kena kunci..pergilah ke tempat parkir yang disediakan..lagi bagus klu terus pergi parkir aras atas sebab disitulah tempat pelepasan  terasure hunt kita..

Masuk bangunan dan boleh tanya Abang Guard yang 'friendly' tuh .. Nanti dorang akan beritahu dimana lokasi JPN Shah Alam..Naik tingkat 7, bhg pentadbiran..nanti pihak urusetia akan menyambut anda semua..

Jumpa hari rabu ini jam 3=)

YUSOF

Monday 16 May 2011

Jangan sia-siakan 28 markah sebab terlupa bawa kamera




Pastikan setiap pasukan membawa sekurang-kurangnya 2 kamera beserta kabel yang boleh berfungsi dengan baik. Tidak kisahlah apa jenis kamera anda..DSLR ker..Digital Camera ker..Camera Phone Ker..BB atau Iphone... yang penting SILA BAWA KAMERA PADA HARI KEJADIAN UNTUK MENGAMBIL GAMBAR BAGI SETIAP KLUE YANG TELAH DIBERI

Sebanyak 28 Markah telah diperuntukkan untuk klue bergambar. ( Sila rujuk posting sebelum ini) . Gambar-gambar yang telah diambil perlu ditunjukkan pada juri-juri di Cherating kelak untuk penentuan markah.

HARAP MAKLUM.

Penggunaan Gajet - gajet



Ada antara peserta-peserta yang bertanya, bagaimana status penggunaan gajet-gajet yang boleh membantu memberi kelebihan kepada sesetengah pasukan, adakah dibenarkan? 

Setelah perbincangan dibuat, pihak penganjur telah memutuskan penggunaan gajet - gajet yang amat canggih sekarang ini seperti GPS Navigator, Ipad, Android dan sebagainya tidak menjadi kesalahan di dalam pertandingan ini. Malah tidak juga memberi kelebihan kepada mana-mana pasukan kerana set-set soalan yang direka lebih memerlukan tahap kepintaran dan pengetahuan am serta geografi setiap ahli pasukan serta strategi yang baik untuk menyelesaikannya. 

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, penggunaan gajet-gajet ini boleh membantu.


Ketua Urusetia

 

Friday 13 May 2011

Saiz baju telah dikenalpasti

Salam.

Terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama yang diberikan kepada pihak urusetia semasa proses mendapatkan saiz baju peserta baru-baru ini =)

Jangan lupa untuk hadir ke sesi taklimat yang akan diadakan pada 25 Mei ini. Sebarang maklumbalas dan komen membina amat dialu-alukan



Yusof
Ketua Urusetia

Wednesday 4 May 2011

Sebulan menjelang Godaan Cherating

Hari ini genap 30 hari countdown menjelang program yang kita semua sama-sama nantikan. Terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua urusetia dan pasukan yang akan bertanding setakat ini.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih atas minat bersungguh-sungguh yang ditunjukkan 4 pasukan yang kami terpaksa tolak penyertaannya kerana untuk edisi kali ini, pihak kami hanya mempunyai kapasiti untuk  15 pasukan sahaja. kami harap pada edisi yang akan datang, pihak kami mungkin berpeluang untuk membuat penganjuran yang lebih besar lagi. InsyaAllah.

Untuk makluman, Kami kini dalam proses untuk mendapatkan Insuran berkelompok untuk setiap individu yang terlibat untuk program ini. Jadi penukaran ahli pasukan adalah tidak lagi dibenarkan.

 
Harap maklum.





Tentukan saiz baju anda =)

Salam.

Adalah dimaklumkan, dalam masa terdekat, pihak urusetia akan menghubungi wakil setiap pasukan untuk mendapatkan saiz baju yang akan dipakai oleh setiap peserta pada 4hb Jun kelak. Mohon kerjasama semua ketua pasukan ( kami anggap untuk tujuan mendapatkan saiz baju ini, pemandu adalah ketua =) ) untuk mengenalpasti saiz baju ahli-ahli anda supaya baju - baju terbabit dapat diserahkan kepada setiap pasukan pada hari taklimat kelak.

Mohon kerjasama. 

Sekian. Harap Maklum.

YUSOF